Header II

Header ADS

Tahniah Atas Kemenangan PRN Sabah


1. Pemuda PAS melahirkan rasa syukur dan tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah yang terdiri daripada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional atas kemenangan Pilihanraya Negeri Sabah.

2. Setelah kita dipertontonkan dengan segala kempen yang pelbagai daripada parti lawan, yang menggunakan sentimen kebencian dan hasutan kepada rakyat Negeri Sabah, akhirnya rakyat Sabah menunjukkan kematangan dalam memilih kerajaan yang benar-benar membawa kesejahteraan yang diinginkan.

3. Kekalahan Parti Warisan+ dan rakan sekutu kuatnya DAP adalah petanda jelas yang rakyat sudah muak dengan permainan politik yang hanya bergantung kepada sentimen dan retorik yang memusnahkan pembangunan dan kemajuan Negeri Sabah walaupun peluang selama 26 bulan telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

4. Namun, kemenangan ini bukanlah suatu perkara yang perlu diambil sebagai kemenangan yang selesa kerana ianya adalah permulaan kepada kejayaan permuafakatan yang telah dibina sejak daripada Muafakat Nasional terbentuk, sehinggalah peralihan kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Pakatan Harapan.

5. Pemuda PAS berharap kemenangan ini akan membuahkan lagi kekuatan permuafakatan yang diidami rakyat Malaysia dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar iaitu Pilihanraya Umum yang bakal berkumandang tidak lama lagi.

6. Kekalkan fokus kita dalam memastikan tiada tangan durjana yang kembali memerintah negara dan meneruskan agenda rakyat yang terbukti membawa hasil yang cukup dirasai oleh semua lapisan rakyat dibawah Kerajaan Perikatan Nasional

"Islam Memperkukuh Perpaduan"
"Memimpin Negara"

Ir Hj Khairil Nizam
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.