Header II

Header ADS

Nikmati citarasa politik baharu yang segar


TAHNIAH
 di atas kemenangan PN dan BN dalam PRN Sabah 2020. Semoga kerajaan baru berjaya dibentuk dengan penuh harmoni.

Sepanjang 5 hari saya turut hadir membantu jentera kempen di Sabah, saya titipkan 3 isi utama:

(1) PAS menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada PN-BN yang bertanding di PRN Sabah walaupun tidak meletakkan calonnya kali ini. 

Ini adalah pernyataan sokongan dan semangat setia kawan PAS kepada rakan-rakan politik yang bertanding. Ahli dan penyokong PAS sedia berkorban demi kepentingan negara dan perkongsian yang dibentuk.

(2) Peri pentingnya Negeri Sabah untuk turut bersama kerajaan baru di Putrajaya yang dibentuk selepas jatuhnya Kerajaan PH demi kesejahteraan bersama untuk dikongsi.

Hari ini, Kerajaan PN sedang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia hadir untuk menjayakan cita-cita bersama untuk memacu negara menuju masa hadapan yang lebih gemilang. Justeru adalah penting bagi rakyat Sabah membuat keputusan nekad pada PRN kali ini untuk mengubah hala tuju Kerajaan Negeri Sabah di bawah parti WARISAN yang memilih haluan berbeza. Nikmati perubahan politik baru ini bersama.

(3) Perlunya ditamatkan kempen Sabah untuk orang Sabah. Ia sepatutnya tidak lagi didendangkan oleh para pemimpin politik hari ini. Ia adalah politik ke belakang.

Ya, rakyat Sabah mungkin tidak berpuas hati dengan Kerajaan BN terdahulu. Tetapi, adakah penyelesaiannya adalah Sabah untuk Sabahans?

Negeri Kelantan pun sama seperti Sabah. Masing-masing tidak berpuas hati dengan Kerajaan BN terdahulu. Tetapi, dengan perubahan politik baru yang menyaksikan kerajaan baru di Putrajaya lebih terbuka dan adil untuk negeri-negeri Persekutuan, adalah penting untuk negeri-negeri turut memberikan sokongan terbaru kepada kerajaan baru ini. Insya-Allah, ia akan lebih mudah dan menyatukan.

Hakikatnya, kempen Sabah untuk orang Sabah adalah palsu dan berkarat sudah. Katakan saja, Malaysia untuk Sabah. Itu lebih baik dan lebih gagah. Cinta pada negeri sendiri tidak pernah berlaga dengan cinta pada negara sendiri.

Alhamdulillah, rakyat Sabah menepati cita rasa politik baru yang segar. Syabas rakyat Sabah. Saya juga mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PAS Sabah yang bersemangat membantu walaupun pada hari awalnya sedikit gundah. Saya titipkan pesanan biasa sebagai ahli parti Islam, agar tenang dan sabar. Kita berjalan di atas takdir Allah. Beriman pada takdir-Nya adalah laluan perjalanan yang tidak akan putus, tidak kandas, tidak hilang, tidak rabak dan tidak akan sia-sia. Bahkan, hujungnya adalah kemenangan dan kemanisan yang akan dikecapi bersama oleh rakyat.

Selamat maju jaya Negeri Sabah.

USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH

– HARAKAHDAILY


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.