Header II

Header ADS

Nak jadikan Facebook tong sampah pun boleh, kata ulama Pas


Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik menegaskan terpulang kepada individu untuk akaun Facebook masing-masing sama ada mahu menjadikannya baik atau buruk.

Dia yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, ‘dinding’ Facebook boleh sahaja dijadikan seperti tong sampah atau masjid sekalipun.

Wall FB kita sebenarnya hak kita. Nak jadikan dia macam tong sampah pun boleh. Semua benda terbuang boleh dimasukkan ke situ termasuk pampers tahi.

“Nak jadikan dia macam rumah pun boleh. Hanya keluarga dan tetamu tertentu saja boleh masuk,” tegasnya.

Bekas Ketua Ulama Pas Pahang itu berkata demikian dalam catatannya menuju ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di ibu negara untuk mesyuarat Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS) malam tadi.

Pemilik Pondok Annur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu berkata, dinding Facebook juga boleh dijadikan seperti masjid.

“Hanya orang yang tak berjunub sahaja boleh masuk. Yang bau petai dan rokok makruh masuk.

“Yang nak main bola sepak raga dalam masjid pun tak boleh masuk walau pakai serban dan tutup aurat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mokhtar yang yang pernah dikaitkan dengan skandal sembang ghairah bersama Leena seperti didedahkan pengguna Facebook, Alexander Pitsuwan Thomprason menasihatkan pihak yang disekat.

“Jadi, yang disekat dan dihalang dari masuk itu kerana tak cukup syarat tak payahlah berguling di halaman rumah orang.

“Pi balik dan jaga rumah sendiri. Kalau duk berguling depan halaman orang begitu, orang akan nampak tak cerdik walaupun ada PhD,” tempelak Mokhtar lagi.

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.