Header II

Header ADS

Muhyiddin Tenang Dan Serahkan Kepada Agong Kenapa Tun, Hishamuddin & Azmin Yang Panik?


Semalam kita telah membaca komen ketiga tiga mereka ( Tun, Hishamuddin, Azmin Ali ). Sekaligus membuktikan Tun Mahathir, Azmin Ali dan Hishamuddin perancang dlm konspirasi menjatuhkan kerajaan PH.

Sedangkan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin tenang dan memaklumkan menyerahkan kpd DYMM Agong membuat keputusan. Jelas Tun, Azmin dan Hishamuddin dlm ketakutan kerana salah laku yg mereka lakukan sendiri. Tun terutamanya mengapa perlu dia yg gelabah sedangkan yg jatuh adalah kerajaan TS Muhyiddin.

Seperti biasa Tun akn bercakap apa saja yg dia suka. Anwar ikut telunjuk Najib dan Zahid la, liberal dan bermacam macam sdgkan Anwar tidak menyerang Tun walaupun Tun mengkhianati mandat rakyat dan dirinya. Itu beza org berjiwa besar dan ikhlas utk membela rakyat.

Ada yg mengatakan Anwar tiada majoriti dan sebagainya... sila tunggu Anwar bertemu Agong utk memberi komen. Adalah perkara paling bodoh Anwar membuat sidang akhbar ingin bertemu Agong sdgkan beliau tiada majoriti.

Org yg paling panik adalah Azmin Ali. Andaikata ditakdirkan Anwar berjaya menjadi PM maka berakhirlah karier politiknya kerana Azmin tidak disukai oleh pemimpin2 UMNO apatah lagi PKR.

Azmin mahu ke mana skg... orang tamak selalu rugi. Malah pasti dirinya akn menjadi sasaran siasatan atas kekayaannya yg heboh diperkatakan. Imej Azmin hanya akn pulih jika dia menyertai PAS kerana PAS terkenal sebagai sebuah parti yg mampu menyucikan ahli2nya.

Kenyataan Anwar bahawa pemimpin Melayu/Islam yg menyokongnya jelas ia adalah SD daripada MP UMNO dan beberapa MP PAS. Saya juga percaya akan menyusul selepas itu adalah Warisan dan GPS. Apabila ramai MP Islam/Melayu menyertai kerajaan ciptaan Anwar sukar utk pengkritik memainkan sentimen perkauman lagi.

Persoalannya kenapa UMNO menolak Bersatu? Ini adalah kerana seteru utama UMNO adalah Bersatu. UMNO tahu Tun pernah mengarahkan Muhyiddin utk mengharamkan UMNO tetapi dihalang oleh Anwar. UMNO tahu dibelakang PN adalah Tun.

UMNO tahu jika Bersatu tidak dibendung ia mampu menghancurkan parti org Melayu terbesar itu. PKR, Amanah dilihat bukan seteru kerana ideologi kedua parti itu berbeza.

Sdgkan Bersatu dan UMNO mempunyai ideologi yg serupa. Mana mungkin 2 parti Melayu bersama. Siapa yg menjadi Raja dan siapa menjadi Permaisuri. Adalah lebih baik UMNO bersama PKR, Amanah dan DAP utk mengisi kekosongan Bersatu.

Samada ia sefahaman sementara kerana ia dianggap kerajaan ciptaan Anwar... UMNO lebih senang bersama Anwar kerana antara PKR dan UMNO berbeza ideologi dan pengaruh. Pengaruh PKR lebih di kawasan bandar besar dan pengaruh UMNO lebih ke kawasan bandar kecil atau kampung.

Ditambah PAS yg bermain dua kolam dan melihat sikap pemimpin2nya yg tidak boleh dipercayai membuatkan UMNO merasakan adalah lebih baik mereka meninggalkan Bersatu dan PAS. Tindakan PAS mahukan Muhyiddin dan menubuhkan PN sgt melukai hati pemimpin2 UMNO.

Ketidaksefahaman kerana ideologi yg serupa ( masing2 mahu menjadi hero Melayu ) antara Bersatu dan UMNO diterjemahkan dlm PRN Sabah hingga 17 kerusi mereka berlawan sesama sendiri antara komponen masing2. Jika berterusan tidak mustahil PRU 15 perpecahan akn lebih dasyat.

Tun kita tahu beliau sampai mati tidak mahu Anwar menjadi PM atas sebab2 yg telah byk diulaskan oleh veteran2 politik. Selain itu Tun mencari jalan singkat utk anaknya Mukhriz sekurang2 nya menjadi TPM.

Keghairahan rakyat Malaysia utk melihat Anwar menjadi PM tidak dpt dibendung lagi. Di media2 sosial dgn pelbagai harapan, doa, bernazar dan terbaru sudah ada bersolat hajat ia sgt luar biasa.
Malah khabarnya pemimpin2 dunia kini melihat ke arah Malaysia adakah kali ini Anwar akan diberi keadilan sepertimana yg diperolehi oleh TS Muhyiddin.

Andaikata Anwar tidak menjadi PM kerana konspirasi kedua... TS Muhyiddin tetap akn kehilangan kerusi PMnya. Watak2 kartel pula akn menjadi sejarah sebagai 'kartel moden'. Azmin Ali akn dikenang sebagai pengkhianat mandat rakyat.

Kerajaan PN juga akn dikenang sebagai kerajaan yg paling singkat beserta PM dan jamaah Menterinya. Kerajaan PN juga tercatit dlm sejarah sebagai kerajaan 'tebuk atap' pertama dlm sejarah Malaysia.
Secara moralnya TS Muhyiddin bukan lagi PM Malaysia apabila beliau kehilangan majoriti.

Sewajarnya TS Muhyiddin secara 'gentleman' seperti dilakukan Tunku Abdul Rahman, Pak Lah, Mukhriz Mahathir dan Tun Mahathir sendiri yg menyerahkan jawatan mereka apabila hilang sokongan atau hilang majoriti.

TS Muhyiddin mesti berjiwa besar menyerahkan secara baik agar rakyat terus hidup seperti biasa. Ia seperti acara 4x100 meter hanya hulurkan baton dgn baik dan lancar. Ia bukan soal kalah dan menang ia soal kita mahu selamatkan negara. Malah DS Anwar sendiri berjanji akn menawarkan jawatan kpd TS Muhyiddin jika beliau mahu bekerjasama.

Dlm keadaan tidak menentu ini pemimpin Islam PKR dan pemimpin Amanah sarankan setiap DUN utk mengadakan solat hajat di seluruh negara. Bukankah doa tanda kita memohon dan menyerahkan kpd yg Maha Agong. Doa itu juga perisai org beriman.
_____
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.