Header II

Header ADS

Kes rayuan SRC Najib bermula 15 Feb 2021


Rayuan bekas perdana menteri Najib Razak terhadap sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International akan didengar oleh Mahkamah Rayuan mulai 15 Februari tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan semasa sesi pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Darmafikri Abu Adam dan N Kanageswari.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mewakili kerajaan berkata bahawa perbicaraan rayuan itu telah ditetapkan selama 12 hari.

"Ia akan berlangsung dari 15 hingga 18 Februari, 22 hingga 25 Februari, dan dari 1 hingga 4 March.

"Tarikh pengurusan kes berikutnya ditetapkan pada 4 November," katanya dalam pesanan teks ringkas.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib setelah mendapati dia bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berhubung dana RM42 juta dari SRC International .

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak terhadap Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan dan penasihat utama SRC International serta pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Hakim membenarkan penangguhan hukuman, sementara menunggu rayuan Najib ke Mahkamah Rayuan. Dia mengemukakan rayuan pada hari berikutnya.

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.