Header II

Header ADS

Kenyataan Mohamaddin: Pemuda BN Sabah buat laporan polis


SHAH ALAM -
Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah membuat laporan polis terhadap kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mendakwa tragedi serangan di Lahad Datu satu sandiwara untuk menyelamatkan UMNO.

Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) itu amat melampau.

"Persoalannya apakah kematian 10 anggota polis dan dua anggota tentera yang terkorban akibat dibunuh dengan kejam merupakan satu sandiwara?

"Sudah hilangkah rasa simpati terhadap perasaan keluarga anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan kedaulatan Sabah?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Pemuda BN berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap fitnah serta penghinaan ke atas anggota keselamatan negara ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut meminta rakyat Sabah menolak Warisan yang berterusan memainkan sentimen kebencian terhadap Semenanjung termasuk anggota keselamatan negara ini.

Terdahulu, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu dikecam oleh pelbagai pihak termasuk rakyat di negara ini apabila menyifatkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo pada tahun 2013 sebagai sandiwara.

Beliau didakwa memperlekehkan insiden Tanduo itu sambil berkata, anggota keselamatan itu sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing.

    MELAMPAU BEKAS MENTERI PH-WARISAN DAKWA TRAGEDI LAHAD DATU SATU SANDIWARA: PEMUDA BN SABAH BUAT LAPORAN POLIS Amat melampau sekali kenyataan bekas Menteri Pelancongan PH-WARISAN Datuk Mohammaddin Ketapi yang mendakwa Tragedi serangan oleh 235 orang warga Filipina yang bersenjata di Kg Tanduo Lahad Datu pada 11 Februari 2013 adalah satu sandiwara untuk menyelamatkan UMNO. Persoalannya apakah kematian 10 Anggota Polis dan 2 anggota Tentera yang terkorban akibat dibunuh dengan kejam merupakan satu sandiwara? Sudah hilangkah rasa simpati terhadap perasaan keluarga anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan kedaulatan Sabah? Apa-apapun Pemuda BN Sabah sudah buat laporan polis terhadap Datuk Ketapi. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan tegas terhadap fitnah hasutan dan penghinaan ke atas anggota keselamatan negara ini. Rakyat Sabah WAJIB TOLAK PARTI WARISAN yang berterusan memainkan sentimen kebencian terhadap Semenanjung termasuk Anggota Keselamatan Negara ini. #TolakFitnahWarisan #RaduTatapRadu #UbahBalik
    Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Sunday, September 20, 2020


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.