Header II

Header ADS

Air Hujan Memang Dimanfa'atkan Pun Tapi....


1) Menteri lebai ni faham ke tidak yg sememangnya air hujan dimanfa'atkan??Namun ia tidak boleh dan tidak mampu berfungsi sebagaimana bekalan air terawat utk kegunaan domestik atau harian seperti membasuh baju, mandi, minum atau memasak.

2) Tahukah Menteri lebai bahawa sejak 2011 Pengumpulan dan Pengagihan Air Hujan telah diwajibkan melalui Pindaan Undang2 Kecil 2, 10 dan 115 di bawah Uniform Building By-Laws (UBBL 1984)??

3) UBBL 1984 atau Undang2 Kecil Bangunan Seragam (UBKS 1984) mewajibkan kami yg terlibat dalam mengemukakan Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (Building Plan Submission) menunjukkan dgn jelas kedudukan dan perincian "RAIN WATER HARVESTING STSTEM" (RWHS) pada bangunan berkenaan.

4) RWHS atau dikenali SPAH (Sistem Penuaian Air Hujan) dalam istilah yg digunakan secara rasmi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah salah satu sistem yg digunakan bagi "Green Building". Tetapi ia lebih praktikal bg bangunan2 individu atau yg mempunyai permukaan bumbung yg besar.

5) SPAH lebih sesuai digunakan utk "garden tap", terkumpul dlm tangki, melambat dan mengurangkan pengaliran air hujan ke longkang2 selain mengitar semula air hujan berkenaan utk kegunaan luar rumah. Malah ada bangunan2 yg mengitarkannya utk membela ikan karp di dlm longkang sekeliling bangunan seperti mana di longkang2 di Jepun.

6) JIKA Menteri lebai mahu ia digunakan secara lebih "comprehensive" atau menyeluruh, termasuk utk kegunaan harian seperti mandi, minum dan masak, silalah kemukakan cadangan perlaksanaannya. Kita lihat samada kosnya berbaloi berbanding memperbaiki sistem pengumpulan dan paip2 usang di Kelantan.

7) Persoalan utama yg harus Menteri lebai fikirkan ialah, cukupkah punca air atau SUMBER air hujan ini utk kegunaan domestik dan industri berdasarkan taburan hujan di Kelantan? Saya kira jika sumber cukup dah lama seluruh dunia melakukannya. Bayangkan sungai yg menjadi sumber selama ini pun boleh surut? 🤔

8) Ada benarnya Dato' Sri Saifuddin Nasution Ismail kata Menteri lebai ingin bawa Negara kembali ke zaman batu, nak jadikan air hujan sumber air bagi kegunaan domestik secara mentah dan tanpa rawat? Itulah kualiti Menteri lebai yg ada hari ini. Memalukan. Pathetic.

Wallahualam.

- Zus Din

______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.