Header II

Header ADS

Belum bincang tangguh PRK Batu Sapi, kata PPBM


GOPENG:
Belum ada sebarang perbincangan antara Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada Umno, PAS dan PPBM bersama parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain dengan pembangkang di negeri itu supaya menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Timbalan Presiden PPBM Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perlunya perbincangan itu diadakan, jika jumlah kes jangkitan Covid-19 terus meningkat di kawasan berkenaan.

“Namun, saya kira kalau ada keperluan untuk perkara itu (perbincangan) jika kes positif meningkat, kita (PRK) boleh merumitkan usaha untuk merawat pesakit, katil hospital tidak cukup…kita perlu cari jalan untuk berbincang tentang perkara itu,” katanya kepada media hari ini.

Pada Selasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Batu Sapi tetap perlu diadakan selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, dan mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 13 Oktober ini bagi membincangkan tarikh penting.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN mengambil keputusan tidak menyertai PRK Parlimen Baru Sapi jika ia diadakan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk mengelak pandemik Covid-19 daripada terus menular.

Sehubungan itu, beliau berkata BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan supaya BN dan Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan calon bagi PRK Parlimen Batu Sapi, selepas mengambil kira penularan Covid-19.



______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.