Header II

Header ADS

Tujuan sebenar penubuhan AMANAH melawan dan membenamkan PAS walau apa cara sekalipun sesuai dengan prinsip rahmatan lil'alamin


1) Bekas Timbalan Menteri YB Dato Mahfuz Omar menyeru BN dan PN supaya menyingkirkan PAS daripada gabungan mereka, serta menyeru ahli-ahli PAS supaya memisahkan diri daripada perjuangan PAS. Katanya, PAS membawa satu imej politik yang berbahaya kepada sistem demokrasi, dan lebih berbahaya jika PAS menjadi pemerintah.

2) Sebelum ini Dr Zulkifley membuat surat terbuka kepada ahli PAS yang boleh difahami sebagai seruan supaya ahli-ahli PAS keluar meninggalkan PAS. Kali ini YB Dato Mahfuz Omar pula membuat seruan yang sama, dan turut memetik nama PN dan BN supaya menyingkirkan PAS daripada gabungan.

3) Bekas Naib Presiden AMANAH, Husam Musa pula menyifatkan pemimpin PAS sebagai lebih diktator berbanding Presiden Amanah, kerana sering membuat keputusan-keputusan besar tanpa bermesyuarat.

4) Walaupun PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah, tokoh-tokoh AMANAH tidak mampu untuk move-on daripada menyerang PAS dan pemimpin PAS. Itulah tujuan sebenar penubuhan AMANAH - yakni untuk melawan dan membenamkan PAS walau apa cara sekalipun sesuai dengan prinsip rahmatan lil'alamin.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa


______
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. PAN,selaku sayap DAP nak benamkan PAS? Apa lebih PAN. dapat kuasa 22 bulan celaru.Ank bos PAN, satu mabuk ganja di disko, satu jual pil kuda di tepi rumah. Yang lain? berapa orang SU menteri PAN dihadap mahkamah kerana rasuah?PAS ada gitu? Syarat sokong PAN ialah mesti bodoh.

    ReplyDelete

Theme images by A330Pilot. Powered by Blogger.